islam dan demokrasi

Islam Dan Demokrasi

 

  Islam telah menolak konsep demokrasi kerana ia mendaulatkan kuasa rakyat.Konsep kedaulatan rakyat yang berpaksi kepada prinsip suara majority bermakna rakyat adalah sumber kekuasaan yang tertinggi dalam Negara..bagi Maududi  prinsip  demokrasi menjadikan kehendak-kehendak Tuhan hanya berada di pinggiran sahaja.Justeru itu Maududi mengecam konsep kedaulatan  rakyat dan demokrasi sebagai syirik (menyukutukan Tuhan), Bahkan ianya boleh menjebakkan seseorang kearah ilhad (menidakkan kekuasaan Tuhan sama sekali). Dengan yang demikian , maududi merumuskan secara tegas bahawa “demokrasi secara fundamental bertentangan dengan Islam”.101

-John L. Esposito dan John o. Voll, Islam and Democracy, hlm.100-109.

 

Maududi seterusnya mengemukakan altenatif kepada idea demokrasi.Beliau menganjurkan konsep hukumat ilahiyyat (kedaulatan Tuhan)dan khilafat-insaniyyat (kekhalifahan rakyat). Bagaimanapun , kedaulatan Tuhan tidak bermakna Tuhan secara langsung mengambil keputusan-keputusan politik dalam Negara,melainkan Dia memberi keputusan-keputusan dalam syari’ah yang harusdi jalankann oleh pemerintah sebagai ‘khalifah Tuhan” di Negara itu.Maududi juga dengan keras menolak tanggapan yang mendakwa bahawa konsep “kekuasaan Tuhan” adalah bersamaan dengan konsep “teokrasi” seperti yang berkembang di Eropahdalam abad pertengahan . teokrasi di Eropah adalah ciptaan pastur-pastur Katolik. Mereka mabuk dengan kuasa atas nama Tuhan.Apa yang telah terjadi , pastur-pastur tersebut telah mempertuhankan diri mereka sendirii.Islam , kata Maududi,”tidak membenarkan pemerintahan teokrasi yang dipimpin oleh golongan agama atau ulama.. Dalam sebuah Negara Islam , kekuasaan pemerintahan dilaksanakan oleh seluruh masyarakat Islam dalam Negara yang melaksanakan kekuasaanya serasi dengan petunjuk al-Quran dan as-sunnah. Jadi, pemerintahan yang dikiehendaki Islam , menurut Maududi, dapat di sebut sebagai  a divine democratic government (pemerintahan demokratis yang berdasarkan ketuhanan).Maududi seterusnya gemar menggunakan istilah theo-democracy (demokrasi ketuhanan) sebagai altenatif yang terbaik dalam polemik Islam dan demokrasi.11

-Ibid.,

 

Sikap tegas Maududi terhadap perlaksanaan prinsip demokrasi Barat liberal itu, tidak bermakna pendiriannya tidak ada tolak ansur dalam menghadapi sittuasi sosio-politik tempatan.Dalam hubungan ini ,terdapat pandangan-pandangan yang menyebut bahawa Maududi bersikap realistic terhadap prinsip dan amalan demokrasi .Ada pandangan yang menyebut bahawa Maududi bersetuju supaya peluang hendaklah di berikan kepada amalan demokrasi untuk dilaksanakan sepenuhnya dalam Negara-negara islam termasuk di Pakistan.dr. Muhammad ‘Imaarah turut mempertahankan pendirian Maududi sebagai seorang pemimpin gerakan Islam yang masih memilikipemikiran yang terbuka.Katanya adalah benar bahawa Maududi tidak bersetuju dengan doktrin demokrasi, akan tetapi tentangan Maududi adalah kerana factor politik dan budaya di Negara India yang majority penduduknya beragama Hindu.12-

-Muhammad ‘imarah, As-Sahwah al-Islamiyyatu wa al-Tahaddi al-Hidari (kahirah; Daru ‘s-Shruq, 1991),hlm.117.

Maududi berpendapat bahawa system demokrasi yang diamalkan di Negara India tidak adil sehingga ia boleh menimbulkan satu keadaan yang merbahaya kepada minority umat Islam di Negara tersebut. Menurut Maududi jika prinsip majority dipakai dalam konteks Negara demokrasi India yang dikuasai oleh majority penganut Hindu , sudah pasti umat Islam akan terus ditindasdengan secara berleluasa.13

-ibid.,

Muhammad ‘Imarah ,seorang ilmuan Mesir, menyamakan sentiment Maududi yang menolak pemerintahan sivil (al-hakimiah al-bashariyyah) dengan apa yang telah berlaku kepada pendokong-pendokong mazhab Syi’ah yang telah mengkafirkan pemerintahan zalim dinasti Umayyah sehingga mereka tidak mahu pemerintahan sivil, sebaliknya menekankan keperluan mewujudkan pemerintahan Ketuhanan (al-hakimat al-ialhiyyah).14-muhammad I’marah,”Nazariyyah al-Hakimiyyah al-Ilahiyyah fi fikr al-Maududi,”hlm.156.

 

Al-Banna sendiri menunjukkan iltizamnya kepada doktrin dan amalan demokrasi apabila beliau pernah memasukki beberapa pilihanraya  di Mesir bersama dengan rakan-rakan yang lain sebelum berlaku tragedi pembunuhan keatas dirinya pada tahun 1952.

 

Pendirian Qutb tentang demokrasi adalah keras.Ini dapatdilihat dalam karya pentingnya Ma’alim fi at-Tariq (Petunjuk Di Sepanjang Jalan)

 

Al-Ghannoushi berpendapat bahawa sikap bermusuhan dengan doktrin demokrasi adalah berpunca dari salah faham Qutb terhadap konsep hakimiyyah. Al-Ghannoushi berpandangan bahawa konsep hakimiyyah telah menjadi satu subjek yang kontroversi. Seandainya konsep hakimiyah itu dapat difahami dengan baik ia adalah satu idea Yng indah.Dalaam tanggapan al-Ghannoushi ,menerima idea hakimiyyah adalah melaksanakan satu hak bagi merealisasikan kebebasan memilih.Justeru itu hakimiyyah tidak bermakna Tuhan secara berterusan campur tangan dalam semua urusan kehidupan manusia di atas muka bumi. Hakimiyyah hanya mengemukakan prinsip-prinsip umum untuk umat islam membuat satu keputusan tepat. Jadi, pelaksanaan hakimiyyah adalah merupakan satu usaha manusia yang melibatkan tafsiran peraturan-peraturan Allah(swt0dengan keuppayaan menghasilkan ijtihad jika ada keperluannya. Jadi, perbezaan pandangan adalah dijangka berlaku pada bila-bila masa dan ia wajar dilayani dengan semangt tolak ansur.20-Azzam S.Tamimi,Rachid Ghannoushi – A Democrat Within Islamism ( NewYork:OUP,2001),hlm.187.

 

Al-Ghazali menulis buku a-Islam wa al-Istibdadu al-Siyasiyyah (1947) dan al-Wihdatu al-Thaqafiyyatu Bayna al-Muslimin sebagai satu reaksi ke atas pemikiran kritis Muhammad Qutb mengenai Islam dan demokrasi, 22-Muhammad qutb,adalah saudara kandung sayyid  qutb.Pemikiran islam Muhammad Qutb tidak banyak berbeza dengan Sayyid Qutb terutama mengenai konsep masyarakat jahiliyyah moden.Beliau telah menghasilkan beberapa buah karya penting.Antaranya Jahiliyyah al-Qarnial ‘Ishrin (Jahiliyyah Di Abad ke 20);Al-Tarbiyyatu al-Islamiyyatu (pendidikan Islam),(2 jilid),dll. Kini beliau masih bertugas sebagai seorang Professor Pengajian Islam di Universiti Ummul Qura’,Mekah,Arab Saudi.

Seorang lagi ilmuan Muslim yang aktif dalam gerakan Ikhwan ul-Muslimun.Muhammad al-Ghazali ketike menyanggah pemikiran Muhammad Qutb telah menyatakan dengan tegas bahawa, “demokrasi bukan satu agama yang dapat diletakkan sebaris dengan agama Islam.Demokrasi hanya satu organisasi yang menghubung antara pemerintah dan rakyat”.23-Muhammad al-Ghazali, Dustur al-Wihdah al-Thaqafiyyah Bayna al-Muslimin, dalam Fahmi Huwaidi, Al-Islam wa al-Dimoqratiyyah (Kahirah:Al-Ahram,1993),hlm.130-131.

 

Al-Qaradawi memulakan hujahnya dengan berkata : “Pada hakikatnya, mereka yang mendalami reality sebenar daaripada demokrasi nescaya akan memahami bahawa system demokrasi sebenarnya merupakan gambaran daripada ajaran Islam.Islam sendiri mengajarkan bahawa seseorang yang tidak di sukai orang ramai tidak boleh menjadi imam solat”.26-Dr,Yusoff al-Qaradawi, Min Fiqhi al-Daulah fi al-Islam (Kaherah:Daru al-Shruq,1997),hlm.132-133.

 

Ketika mempertahankan system demokrasi sebagai satu pilihan yang munasabah dalam konteks reality umat Islam masa kini, Al-Qaradawi berkata bahawa system demokrasi itu “…….masih lagi dianggap sebagai satu jaminan terbaik yang boleh melindungi rakyat daripada kezoliman para  penguasa” .28-Ibid.,

Jadi ,asas penerimaan system demokrasi  adalah untuk mengelakkan berlakunya kezoliman pemerontahan yang berleluasa ke atas rakyat.

 

Selain itu ,Al-Qaradawi berpendapat bahawa antara cirri-ciri terbaik yang dapat dimanfaatkan dalam system demokrasi ialah kewujudan prinsip keadilan ,syura, penghormatan terhadap hak asasi manusia serta penentangan terhadap para penguasa yang bersikap sombong di atas muka bumi.Sehubungan itu, al-Qaradawi menganjurkan penggunaan kaedah usul fiqh yang menyebut:  “bahawa setiap perkara wajib yang tidak boleh disempurnakan kecuali dengan melakukan perkara lain , maka hukum melakukan perkara lain itu pun wajib”(Mala yatimmu al-wajib illa bihi fahuwa wajibun). Jika satu system terbukti boleh merealisasikan matlamat-matlamat syari’ah dengan berkesan, maka hukum melaksanakan system tersebut adalah wajib.

 

Al-Turabi berpendapat bahawa Islamlah yang memulakan idea demokrasi. Orang-orang barat pada hakikatnya telah mengambil prinsip bay’ah yang terdapat dalam tradisi pemikiran politik Islam sebagai asas pemikiran dalam demokrasi Barat.Beliau berhujah bahawa pada zaman Pertengahan Eropah sudah terdapat partisipasi demokrasi secara langsung dikalangan rakyat dengan kewujudan pelbagai wadah politik.Bangsa Eropah hanya mengenal apa yang disebut sebagai “constitution” pada akhir Zaman Pertengahan. Pada hakikatnya,mereka telah memanfaatkan khazanah fiqh Islam untuk menghadamkan doktrin demokrasi.31-Hassan al-Turabi,As-Shura wa al-Dimoqratiyyah (Jeddah:Al-Dar al-Sau’diyyah Li al-Nashr wa al-Tauzi’,hlm.42-43.

 

 

Al-Turabi dengan tegas menyatakan bahawa demokrasi yang terpisah dari agama adalah satu manefestasi riddah dan syirik.Sebab itu adalah satu bentuk perkongsian kemahuan manusia dengan kehendak Pencipta Yang Maha Berkuasa.33-Ibid.;

Selanjutnya al-Turabi berpendapat bahawa demokrasi menurut skala Islam tidak bererti kuasa mutlak rakyatdimutlakkan ; sebaliknyakuasa rakyat itu hendaklah berpaksi  teguh dengan syari’ah . Beliau juga mengkritik demokrasi kerana mengizinkan kehendak hawa nafsu manusia menjadi tuan tanpa mempertimbangkan nilai-nilai akhlak. Meskipun demokrasi menghormati kuasa rakyat dan majority,namun tindakan –tindakan politik dalam system demokrasi tetap bersifat permisif, penuh tipu helah.Semenjak Micheavelli mengemukakan prinsipnya yang terkenal – “The End Justifies The Means”(Matlamat mengharuskan pelbagai cara) , prinsip tersebut telah berpindah ke dalam demokrasi.Ini telah mengakibatkan terlalu banhyak kerosakkan . Adalah jelas di sepanjang sejarah berlakunya pilihan raya di Barat, banyak kepincangan telah terjadi dalam peti-peti undi dan pengurusan pilihan raya. Memang benar beberapa pembaharuan telah dibuat dalam amalan pilihan raya,tetapi kerosakkan masih terus berlaku dengan segala bentuk tipu helah dan penipuan.34-Ibid.,

Ketika membandingkan antara prinsip “shura demokrasi” (dimoqratiyyah al-Shura)dengan prinsip demokrasi Barat,al-Turabi telah menunjukkan keistimewaan prinsip syura demokrasi kerana ia dapat menjamin perpaduan seluruhumat Islam jika diamalkan sepenuhnya. Dalam system demokrasi Barat, prinsip suara majority diamalkan semutlaknya sehingga ia membenamkan pandangan kelompok minoritii.Mereka terpaksa bersabar untuk membantah sesuatu pandangan yang tidak dipersetujui.Islam menganjurkan prinsip ijma’, bukan mencari kemenangan menerusi suara terbanyak (mughalabah). Yang dipentingkan ialah perundingan dan dialog dengan hati yang terbuka bagi mencari kebenaran tanpa mengira asal usulnya secara taksub.Kemuncak dari perundingan dan dialog ialah mendapatkan satu kata muafakat – mewakili ijma’ terbanyak sehingga wujud rasa kepuasan (ridha) semua pihak dalam kebanyakkan perkara.35-Ibid.,

Meskipun al-Turabi bersikap kritis denagn doktrin demokrasi, namun dari segi praktisnya, beliau telah menerima demokrasi sebagai satu mekanisme politik untuk merealisasikan idealisme Islam.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: