Urutan Tapak kaki  atau  kaki juga di kenali sebagai Reflexsologi. Adalah di percayai setiap titik di tapak kaki   mempuyai  kaitan dengan organ dalaman tubuh badan. Teori ini mengandaikan bahawa setiap penyakit organ dalaman akan berkaitan dengan urat saraf yang berakhir di hujung tapak kaki.

Ada yang menyebutkan kaedah Reflexologi ini  sebenarnya berasal daripada Negeri Cina dan telah di amalkan sejak beribu tahun yang lalu. Walaubagaimanapun pendekatan mengurut tapak kaki yang di perkenalkan oleh Mr. Heidi berbangsa Swiss amat popular dan mendapat pengiktirafan di negara-negara barat.
Sebelum sesuatu urutan dimulakan, kebiasaannya kaki pesakit akan di rendam didalam sebuah bekas berisi air panas yang mengandungi herba selama sepuluh minit. Kebanyakkan Pengamal urut terapi  ini akan menyapukan krim berubat di tapak kaki bagi melembabkan dan memberikan sedikit kelicinan ketika urutan.

Buku jari jemari  pengamal terapi ini selalunya digunakan di dalam urutan ini bagi memberi beberapa sentuhan yang keras atau pun  lembut ketika rawatan reflexsologi sedang di lakukan. Teori reflexsologi  menyatakan sekiranya seseorang tidak merasai sebarang kesakitan yang kuat ketika di beri tekanan reflexsi ini menunjukkan seseorang itu mempunyai tahap kesihatan yang baik.

Di Malaysia rawatan reflexsologi sebenarnya sudah mendapat tempat di hati masyarakat kita. Seni rawatan ini berjaya melancarkan perjalanan darah  dan menyingkirkan toksid dari tubuh badan.

Jika perjalanan darah tersekat dan terhalang, kekotoran dan endapan yang ada akan tersumbat di dalam saluran darah.  Maka organ tubuh badan akan terganggu dan kita boleh terkena penyakit.

Salah satu punca seseorang terkena penyakit kaki adalah disebabkan tersekatnya pengaliran darah pada
anggota organ tubuh seseorang.  melalui picitan dan urutan di 60 tempat titik akupunktur di kawasan
tapak kaki beberapa penyakit tertentu dapat di pulihkan seperti senggal-senggal sendi, selesma dan sakit
kepala dan sebagainya.

Dengan mengambil pendekatan yang sederhana iaitu dengan menggabungkan urut refleksi dan urutan kaki secara tradisional beberapa penyakit kaki dapat di sembuhkan dengan segera.
RAHSIA PENYINGKIRAN TOKSID DARIPADA BADAN 
 
 PLASTER TAPAK KAKI “MORI-NO-KI” 
 
 Pakar kaji selidik Jepun mendakwa bahawa intipati cuka dari sesetengah pokok apabila ditapis dan diproses dengan pembakaran keterlaluan, bertindak menyingkirkan toksid dari badan, yang akan melancarkan peredaran darah serta mengurangkan bengkak dan sakit sendi.

Mori-No-Ki amat sesuai di tapak kaki, dimana terdapat lebih dari 60 saraf akupunktur dari 360 saraf akupunktur di seluruh badan. Walaubagaimanapun, anda juga boleh menggunakan Mori-No-Ki- di bahagian lain tubuh anda.
Gunakan untuk satu malam dan anda akan mendapati bahawa serbuk asli Mori-No-Ki akan bertukar menjadi bahan melekit seperti lumpur dan warna kekuningan asli juga akan bertukar menjadi perang dan kelabu. Teruskan penggunaannya sehingga perbezaan warnanya berkurangan. Selepas itu, gunakan kadang kala mengikut keperluan.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: