HUKUM AHLI KITAB

 

MUQADDIMAH

 

Kajian ini bertujuan membandingkan pendapat mazhab Shafie dan ulama-ulama lain berkenaan dengan ahlil Kitab dan implikasi yang terhasil dari perkembangan dunia semasa.

 

DEFINASI

 

Ahlil Kitab didefinasikan secara umumnya sebagai golongan manusia yang menganut agama samawi iaitu agama yang diturunkan oleh Allah SWT melalui perlantikan rasul-rasulnya serta diturunkan kepada mereka Kitab yang menerangkan kepada mereka tentang SyariatNya. Golongan ini samada yahudi atau nasrani adalah pada asalnya mempercayai Tawhid.

 

Al Quran mensifatkan mereka sebagai                               (golongan yang diberikan al Kitab) iaitu golongan yang mendapat panduan dari langit, walau bagaimanapun, mereka di zaman Rasulullah SAW telah terdedah kepada penyelewangan dan mengubah kitab asal. Namun begitu, Al Quran masih memanggil mereka sebagai ahli kitab(golongan yang mengikut al Kitab). Sejarah pengubahan isi Kitab berlaku beberapa kali dalam sejarah sebelum dan selepas kelahiran Rasulullah SAW.

 

HUKUM SEMBELIHAN DAN PERKAHWINAN

 

Dalam perbahasan Fiqh, segala kekhilafan pendapat tentang hokum yang berkait adalah bersumber dari firman Allah:

 

 

 

 

“ dan makanan golongan ahlil kitab adalah halal kepada kamu dan makanan kamu adalah halal kepada mereka…..”

 

Berdasarkan ayat di atas, jumhur ulama telah menyatakan bahawa seseorang lelaki Muslim boleh mengahwini perempuan ahlil kitab. Demikianlah juga hukum memakan sembelihannya.

 

Walau bagaimanapun, di dalam kitab al mukhtasar al nafie fi fiqh al imaniyya menyebutkan bahawa di dalam mazhab Syiah imamiyya, memakan sembelihan mereka adalah tidak harus. Di kalangan ahli sunnah wal jamaah, terdapat juga sebahagian ulama dari kalangan mazhab hanafi yang menyatakan bahawa ayat ini telah dimansukhkan.

 

HUKUM BERKAHWIN DENGAN PEREMPUAN AHLIL KITAB

 

Menurut Ahmad dan Shafie, bapanya yang kafir berhak menjadi wali dengan bersaksikan dua saksi Muslim, manakala menurut al Qadhi pula, bapanya tidak layak menjadi wali kerana kecacatan pada syarat adil, maka wali menurut pendapat ini adalah berpindah kepada wali hakim.

 

HUKUM SEMBELIHAN AHLIL KITAB

 

Penyembelih yang tidak boleh dimakan dagingnya dan tidak sah penyembelihannya adalah kafir yang tidak ahlil kitab seperti musyrik, athes, murtad sekalipun dengan menganut agama yahudi atau nasrani, ini berdasarkan firman Allah:

 

“Dan apa-apa yang disembelihkan dengan nama berhala-berhala”

 

 

 

 

“Dan apap-apa yang disembelih bukan kerana (dengan nama) Allah”

 

Maka dari yang telah disebutkan ini, Dr. Wahbah Az Zuhaili menerangkan di dalam al fiqhul islami wa adillatuhu² bahawa daging yang diimport dari negara-negara penyembah patung seperti Jepun atau komunis atau Negara yang penganutnya tidak menganut agama samawi seperti India adalah haram memakannya melainkan sekiranya binatang itu disembelih oleh orang-orang Islam.

 

Satu lagi catatan yang perlu dibuat disini ialah sembelihan orang-orang Kristian di Indonesia yang mana asal mereka adalah beragama Islam adalah tidak harus dimakan kerana mereka termasuk dalam golongan murtad.

 

Adapun sembelihan ahlil Kitab, maka jelas sekali berdasarkan ayat dia atas sebagaimana yang diputuskan oleh jumhur al ulama bahawa hokum memakan sembelihannya adalah harus. Yang dimaksudkan dengan harus di sini ialah bahagian binatang yang pada pandangan agama mereka adalah harus memakannya dan tidak pula diharamkan oleh agama kita. Menurut az Zuhaili, harus memakan sembelihan mereka sekalipun kita tidak mengetahui samada mereka menyebutkan nama Allah atau tidak ketika menyembelihnya. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

 

 

 

 

“Sesungguhnya dihalalkan sembelihan golongan Yahudi dan Nasrani kerana mereka beriman kepada (Kitab) taurah dan injil

   Namun begitu, sekiranya seseorang itu mengetahui bahawa si ahlil kitab tadi menyembelih dengan sesuatu cara yang dilarang oleh Islam seperti menyembelih di atas nama Al Masih atau untuk mensucikan gereja mereka, maka hukumnya adalah haram memakan sembelihan tersebut.

 

Ini jelas dapat difahami berdasarkan firman Allah :

 

 

 

“Dan apa-apa yang disembelih bukan kerana (dengan nama )Allah”

 

 

 

“Dan janganlah kamu makan sesuatu yang tidak disebutkan nama Allah (pada masa sembelihnya)”

 

Dalam membincangkan tentang harus memakan sembelihan mereka, mazhab shafie telah meletakkan satu syarat tambahan iaitu ahlil kitab itu mestilah bukan dari kalangan anak cucu nabi ya’kub(Bani Israel). Mohamad Khatib Al Sharbini telah menyebut di dalam al mughninya bahawa pendapat yang azhar ialah halal sembelihan ahlil kitab sekiranya di ketahui bahawa nenek moyang mereka yang mula-mula menganut agama itu telah berpegang kepada ajaran Nabi-Nabi Musa dan Isa iaitulah ajaran asal yang diturunkan sebelum pembatalan ajaran tersebut dan pindaannya.

 

Sekiranya mereka dari kalangan Bani Israel pula, disyaratkan pula mereka mestilah tidak mengetahui akan pembatalan syariatnya atau penyelewengan terhadap syariat tersebut, maka sembelihannya adalah boleh dimakan. Sekiranya mereka mengetahui tentang pembatalan atau penyelewengan syariatnya, maka tidaklah harus lagi dimakan sembelihannya. Ini kerana pegangan mereka kepada agama itu pada masa mereka tidak mengetahui tentang penyelewengan itu adalah suatu pegangan yang benar.

 

Dr. Zuhaili menolak pendapat ini dengan berhujjahkan bahawa tidak adapun sahabat-sahabat Nabi yang membahaskan perkara demikaian dalam memakan sembelihan mereka atau berkahwin denga gadis-gadis mereka. Maka baginya, syarat yang di letakkan dalam mazhab shafie itu tidak disertakan denga dalil yang kuat. ³Lihat j 3  ms 652

 

Pandangan yang lebih mudah dan ringan lagi untuk diamalkan ialah dari bekas Syeikhul Azhar, Jadul Haq Ali Mohammad Jadul Haq. Beliau telah menge;uarkan ftwa semasa menjawat jawatan mufti Kerajaan Mesir harus memakan sembelihan ahlil kitab sekalipun sembelihannya tidak menyebutkan nama Allah. Sebenarnya pendapat ini tidaklah pelik bukan sahaja di Mesir malahan di seluruh Negara Arab di mana orang-orang Islam di sana biasa dilihat memakan daging sembelihan orang-orang Kristian.

 

HUKUM SEBAGAI AHLI AZ ZIMMAH

 

Telah ijma’’ di kalangan Ulama bahawa ahlil Kitab boleh menjadi ahlil zimmah dalam Negara Islam sebagaimana yang telah berlaku di zaman Rasulullah SAW.

 

CATATAN

 

Pertama: Dalam sejarah Islam, Saidina Umar Al Khattab pernah melarang sahabat-sahabat berkahwin dengan perempuan ahlil kitab ini. Ini kerana beliau melihat beberapa sahabat yang berkahwin dengan perempuan ahlili kitab itu tidak lagi memelihara sembahyang mereka berjamaah di masjid.

 

Kedua: Dalam sejarah Uthmaniyyah, kerajaan itu mula menunjukkan tanda-tanda kelemahan yang ketara selepas pemerintahan Sultan Sulaiman al Qanuni di mana suatu phenomenon yang telah berlaku pada masa itu ialah pemuda-pemuda Islam lebih berminat berkahwin denga perempuan Kristian berbanding dengan muslimat-muslimat Islam.

 

Ketiga: Di United Kingdom dewasa ini, masyarakat Islam telah berjaya membuka pasaran daging halal. Sejarah kejayaan pasaran ini baik untu kkita kaji dan pelajari dengan sebaik-baiknya kerana ia sebenarnya bukan sahaja memberikan kekuatan ekonomi ummat Islam di United Kingdom sahaja malahan juga kepada umat Islam seluruh dunia.

 

Dari Saudara Seagama   

Haji Hanafi Abdul Rahman

Pondok Madrasah al Huda

Wakaf Tapai

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: